Laman Utama

LOGO KPM TERKINI

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH - Buat Pengetahuan Ibu Bapa Murid Tingkatan 1

  • PDF
  • Cetak
  • E-mel


currentstudents
Ibu bapa murid diharapkan agar dapat memberi sedikit masa bagi mengetahui apakah dia Pentaksiran Berasaskan Sekolah( PBS ) yang diguna pakai untuk semua murid Tingkatan satu mulai sesi 2012. 

PENTAKSIRAN BERASASKAN  SEKOLAH
 
KONSEP PBS
 
Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan,kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, melaksanakan penilaian,merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini dikenalisebagai PBS.
 
Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).Untuk mencapai hasrat ini penilaian di sekolah haruslah memberi penekanan kepada konsep penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi kesemua aspek tersebut.
 
PBS lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa. Ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid.
 
Terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.
 
Penilaian formatif
Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan  pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Oleh itu, guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.
 
Penilaian sumatif
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.
 
1 PERKAITAN ANTARA PBS DAN PENILAIAN BERPUSAT
PBS dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu. PBS boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.
 
Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara. PBS dan penilaian berpusat saling melengkapi dalam sistem penilaian. PBS dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.
 
Melalui PBS guru akan dapat :
1- mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;
2- mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa kesemasa;
3- mengetahui keberkesanan pengajarannya;
4- merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan
5- menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.
 
CIRI-CIRI PBS
PBS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru akan dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.
 

2 PBS dilaksanakan berasaskan beberapa ciri yang utama seperti berikut:

A Dikendalikan oleh guru
• menilai muridnya sendiri
 
B Berasaskan Kriteria
• menilai penguasaan murid berdasarkan hasil pembelajaran yang telah ditentukan
 
C Formatif
• dijalankan berterusan
• mengesan perkembangan,kemajuan dan pencapaian murid
 
D Pelbagai kaedah
• pemerhatian
• lisan
• penulisan
 
E Mengesan Perkembangan Pembelajaran Secara Menyeluruh
• intelek
• rohani
• emosi
• jasmani
 
F Menekankan Perkembangan Individu
• berdasarkan kemampuan individu dan bukan untuk perbandingan antara individu
 
G Bersistem
• merancang 
• menentukan instrumen
• melaksana
• menganalisis
• merekod
• melapor
• tindakan susulan
 
H Menggalakkan Penilaian Kendiri
• melatih murid menilai kemajuan sendiri secara berterusan
• guru mendapat maklumat tambahan
 
I Membolehkan Tindakan Susulan
• mengatasi kelemahan pembelajaran
• mempertingkatkan kekuatan pembelajaran

Kali terakhir dikemaskini Isnin, 21 Mei 2012 18:06

 

Waktu Solat

Blog Pengetua

PMR.....PMR.....PMR.....

Salam pada semua anak-anak SMKSI.....

         Alhamdulillah kita dapat berjumpa semula dalam blog ini...
Keputusan PMR  2012 dah keluar...Agak sebak di dada melihat keputusan yang tak dijangka....
Sebenarnya kita mengharapkan yang lebih baik tetapi kita kena redha dengan keputusan yang kita dapat.
In shaa ALLAH kita akan lipat gandakan usaha kita bagi tahun 2013 dan kohort 2013 merupakan kohort terakhir untuk PMR.
        Tahniah !!! pada anak-anak yang cemerlang dan kepada yang lain ,jangan putus asa.Masih ada masa lagi untuk perbaiki diri,jangan putus harap,berdoa banyak2,jangan tinggal solat.....In shaa ALLAH ada sinar menanti anda......

Keputusan penuh PMR 2012 :
Peratus lulus 83.14%
Bilangan straight As' 48 orang
Gred purata sekolah 2.33
>>>

Hari Raya Aidil Fitri...

   Cikgu ingin mengucapkan ' Selamat Menyambut Aidil Fitri' pada semua warga sekolah smksi.Semoga ALLAH S.W.T memberi kita  rahmat dan berkatNYA.Kita mohon semoga amalan kita di bulan ramadhan yang penuh berkat ini diterima.Terasa rindu pada bulan ramadhan yang berlalu begitu cepat sekali.......
  Kepada warga yang bukan Islam,selamat bercuti.....
 
 >>>
http://invaconsult.com.ua/ http://invaconsult.com.ua/

KEPIMPINAN KPM

muhyiddin1

Y.B.TAN SRI HJ MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN

MENTERI PELAJARAN MALAYSIA

dato ghaffar

Y.BHG. DATO' ABD. GHAFAR BIN MAHMUD

KETUA PENGARAH PELAJARAN

 

yusripengarah2julai 

 DATO' HJ MAHMUD BIN KARIM

PENGARAH PELAJARAN SELANGOR

ppdhl

MUHAMAD RADZI BIN ABDULLAH

 PEGAWAI PELAJARAN DAERAH HULU LANGAT

*******DEMI MASA*****

WARGA KERJA SMKSI 2014